Laku musnah atau lebih dikenali sebagai vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang yang membinasakan harta awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu Vandal yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Kebiasaannya,vandalisme dianggap sebagai satu jenayah. Aktiviti tidak beretika yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah seperti menconteng dinding,merosakkan telefon awam dan menconteng pintu tandas awam.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada vandalisme antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana golongan remaja mudah terpengaruh dan meniru perlakuan rakan sebaya mereka. Selain itu,pengaruh rakan sebaya boleh mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja terutama jika individu terbabit mengalami masalah keluarga dan tercicir dalam pembelajaran. Kebiasaannya,jenayah vandalisme dilakukan dalam kumpulan yang melebihi daripada dua orang. Mereka akan menjalankan aktiviti tidak bermoral ini secara beramai-ramai.
Ibu bapa juga merupakan punca seseorang remaja terlibat dengan kegiatan vandalisme. Hal ini kerana ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan remaja. Jika ibu bapa tidak ada masa untuk memantau aktiviti anak-anak,maka mereka akan berasa terpinggir dan lebih mudah terjebak dengan jenayah tidak bermoral ini. Oleh itu,ibu bapa harus menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. Hal ini kerana remaja yang mempunyai masalah keluarga lebih berisiko untuk terjebak dengan kemelut vandalisme. Oleh itu,mereka melepaskan perasaan dengan merosakkan harta benda awam.
Menurut kajian,vandalisme dilakukan oleh golongan remaja yang ingin kebebasan dan mempunyai masalah keluarga. Selain itu,kawalan dan bimbingan yang tidak mencukupi daripada ibu bapa juga mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
Dewasa ini,pengaruh media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dalam kehidupan remaja. Hal ini kerana paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat mempunyai unsur-unsur yang boleh mendorong remaja untuk terlibat dengan jenayah vandalisme. Kebiasaannya,golongan remaja mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di persekitaran mereka termasuk media massa apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sempurna.
Kegiatan vandalisme ini telah menimbulkan pelbagai kesan yang negatif anaranya ialah imej negara terjejas. Hal ini kerana perbuatan menconteng harta benda awam akan mencemarkan pemandangan dan nama baik Malaysia yang terkenal sebagai negara yang indah dan bersih. Tambahan pula,ekonomi negara akan turut terjejas ekoran daripada perbuatan tidak bermoral ini. Hal ini kerana pelancong tidak lagi tertarik dengan keindahan negara dan secara tidak langsung akan menjejaskan sektor pelancongan. Di samping itu,kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan wang yang besar untuk membaiki pulih harta benda awam yang telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Malah,wang juga banyak digunakan untuk menganjurkan kempen-kempen bagi menyedarkan rakyat tentang banyak perkara. Oleh itu,wang kerajaan banyak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat.
Oleh itu,kegiatan vandalisme ini perlu dibendung dengan segera melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang baru telah menetapkan pesalah-pesalah vandalisme agar menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat sebagai hukuman selain menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Kerja-kerja khidmat masyarakat dijalankan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah. Selain itu,tindakan tegas perlu dijatuhkan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat yang lain.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Mereka perlu menerangkan kepada anak-anak tentang kepentingan harta benda awam dalam menjalani kehidupan bermasyarakat terutama ketika detik-detik kecemasan,contohnya telefon awam amat penting apabila berlaku kes kecemasan. Kerosakan telefon awam akibat daripada perlakuan vandalisme boleh mengorbankan nyawa manusia. Selain itu,ibu bapa harus sentiasa meluangkan masa bersama-sama anak-anak agar mereka tidak berasa bosan. Hal ini kerana anak-anak yang tidak dipantau akan mudah terlibat dengan kegaitan candalisme. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum anak-anak melangkah ke alam remaja kerana "melentur buluh hendaklah dari rebungnya".
Di samping itu,pihak sekolah juga memainkan peranan dalam usaha membendung jenayah vandalisme. Pihak sekolah perlu mendedahkan kepada pelajar mengenai keburukan dan kesan melakukan jenayah vandalisme. Hal ini bertujuan untuk mendidik para pelajar agar tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Selain tiu,pelajar juga perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Oleh itu,usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah boleh membantu kerajaan dalam usaha membendung jenayah vandalisme yang semakin menular dan menjadi budaya dalam masyarakat kini.
Media massa juga berfungsi dalam usaha membendung gejala vandalisme. Hal ini kerana media massa dapat memberi liputan yang luas dan mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Selain itu,media massa juga boleh dianggap sebagai salah satu sumber berkesan untuk mempengaruhi masyarakat kerana ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Di samping itu,media massa berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen "Harta Benda Awam Milik Bersama". Hal ini kerana iltizam dan komitmen daripada media massa dapat merealisasikan keberkesanan kempen ini.
Khulasahnya,semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengawal gejala negatif ini daripada terus menular. Langkah pencegahan yang berterusan perlu dilakukan agar kemelut sosial in tidak terus membebankan kerajaan. Walaupun hal ini mustahil untuk dilaksanakan namun pelbagai inisiatif perlu dirangka dengan teliti agar tidak membazirkan wang kerajaan.

DISEDIAKAN OLEH:
RAMIZAH IZATI BT MOHD
206674
0 comments:
Post a Comment