BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 15, 2010

PEMERDAGANGAN MANUSIA


Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancamkan banyak negara. Pemerdagangan manusia bermaksud pengangkutan,pemindahan,perlindungan,penyediaan atau penerimaan seseorang untuk tujuan eksploitasi dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau apa-apa bentuk paksaan lain,seperti penculikan,penipuan,penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan,atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain.
 Eksploitasi meliputi aktiviti pelacuran terhadap orang lain,buruh paksa,perhambaan dan pemindahan atau pengambilan organ tubuh. Pemerdagangan manusia tidak semestinya perlu merentasi sempadan sesebuah negara. Contohnya,buruh paksa dan tidak semestinya melibatkan pekerja asing kerana terdapat juga pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan.  
 Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya perdagangan manusia,antaranya ialah kekurangan atau ketiadaan peluang pekerjaan,kelemahan penguatkuasaan undang-undang,kekurangan pekerjaan yang formal khususnya bagi perempuan,maklumat mengenai peluang pekerjaan dan produser kerja rasmi tidak mencukupi,peluang pendidikan yang tidak sama rata di antara kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan bandar dan luar bandar,kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran,tawaran gaji yang lebih tinggi di tempat yang dituju,kekurangan pengetahuan mengenai tenaga kerja asing,pengaruh cerita dan kisah hidup pekerja migrasi yang berjaya,kemiskinan dan sebagainya.
 Kesedaran yang kurang ketika mencari pekerjaan dengan tidak mengetahui betapa bahayanya perdagangan manusia akan menyebabkan berlakunya tragedi yang tidak diingini. Seseorang yang kurang kesedaran tidak akan memikirkan sesuatu hal dengan terperinci akan mudah ditipu dan seterusnya menjadi mangsa perdagangan manusia.
 Manakala,kemiskinan di sesebuah tempat juga akan menyebabkan seseorang terpaksa mencari pekerjaan di mana-mana sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan mereka mencari pekerjaan tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapinya. Selain itu,kekurangan dokumen kelahiran kanak-kanak pula akan memberi peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk memalsukan data dan seterusnya akan menyebabkan perdagangan manusia berlaku.
Mangsa-mangsa perdagangan manusia terdiri daripada perempuan,lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. Lelaki yang telah deperdagangkan biasanya akan dipaksa untuk membuat kerja-kerja kasar dengan upah yang rendah atau tanpa upah dengan hanya sedikit makanan sahaja. Manakala perempuan pula adalah untuk dieksploitasi dari segi seksual,kanak-kanak pula dieksploitasi untuk  tujuan pekerjaan haram seperti mengemis dan perdagangan ubat-ubat terlarang.
Perdagangan manusia akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial,melanggar hak sesebuah negara dan menjejaskan hubungan diplokmatik antara negara. Selain itu,ia juga akan menyebabkan kehilangan sumber tenaga manusia di sesebuah negara.
  Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pemedagangan manusia antaranya ialah kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat. Masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka adalah saksi atau mengesyaki sebarang kegiatan yang berlaku di sekeliling mereka. Seterusnya,Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang dengan umewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Selain itu,Agensi Penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia,Jabatan Imigresen Malaysia,Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia perlu bekerjasama dan berusaha untuk membanteras perdagangan manusia. Selain itu,Malaysia juga telah bekerjasama dengan beberapa badan antarabangsa untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya iaitu ARTIP(Asia Regional Trafficking in Persons,Australia),UNHCR(United Nation High Commissioner fot Refugees),UNIAP(United Nation's Inter-Agency Project on Human Trafficking ),IOM(International Organization for Migration),Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan United Kingdom.
Kesimpulannya,kita perlu berhati-hati apabila mencari pekerjaan supaya masalah perdagangan manusia dapat dielakkan. Di samping itu,kita juga perlu menolong mangsa-mangsa perdagangan manusia sekiranya kita mampu.
     
DISEDIAKAN OLEH :
WONG  YOKE  TEAN
206127  

0 comments: