BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

GANGSTERISME

Isu gangsterisme bukan suatu isu baru di Malaysia,malah isu ini hangat dibincangkan oleh media massa. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,gangsterisme didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam melakuan sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Dalam konteks gangsterisme di Malaysia,hal ini dapat diinterpretasikan sebagai individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak. Gejala ini kian semakin menular sekarang terutamanya dalam kalangan pelajar. Persoalannya sekarang ialah apakah yang mendorong individu terbabit dalam aktiviti jenayah tanpa rasa takut dan kesal? Adakah kerana pengaruh rakan-rakan,maka perbuatan ini semakin merebak? Namun begitu,pastinya ada faktor-faktor lain yang mendorong fenomena tersebut berlaku.
Faktor utama yang menyebabkan seseorang remaja itu menyertai kegiatan gangsterisme adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat besar kesannya terhadap pembangunan mental remaja sehingga menyebabkan remaja sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat berbanding dengan ibu bapa kerana remaja lebih banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Lazimnya,kebanyakan kes gangsterisme yang melibatkan remaja berpunca daripada sifat suka menurut kerana takut dipulau oleh rakan-rakan. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok,dadah dan alkohol disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan mereka.
Selain itu,kebanyakan ibu bapa hanya mementingkan kerjaya dan sibuk mengejar kebendaan sehingga mengabaikan anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa bersikap materialistik untuk meningkatkan taraf hidup keluarga sehingga mengabaikan kepentingan mendidik anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak mereka berasa kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Justeru itu,ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti gangsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggungjawab mereka ke atas anak-anak mereka.
Selanjutnya,faktor yang menyebabkan remaja menyertai kegiatan gangsterisme adalah kerana kesan persekitaran. Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit seperti kawasan perumahan setinggan,rumah pangsa dan flat kos rendah serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ada pula remja dolabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme,ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka.


Masalah gangsterisme akan membawa pelbagai kesan terhadap masyarakat. Masalah gangsterisme membawa kesan negatif kepada sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar. Sebagai contoh,ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia boleh mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Justeru itu,ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar,pihak pengurusan,keselamatan sekolah dan juga proses penyampaian pendidikan amnya.
Selain itu,kegiatan gangsterisme akan membawa kesan buruk terhadap institusi keluarga. Apabila ibu bapa memberi nasihat kepada mereka,mereka tidak akan mendengar dan ada juga akan menggunakan keganasan dan memarahi balik ibu bapa mereka. Kegiatan gangsterisme juga akan memburukkan imej keluarga.
Tambahan pula,kes gangsterisme juga akan mempengaruhi nama baik negara kita. Jika kes gangsterisme terus meningkat ia akan mempengaruhi perkembangan pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini demikian kerana remaja merupakan harapan negara dan kini  mereka telah terjebak dalam kes jenayah dan ia akan memberi kesan buruk terhadap masa depan mereka.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah gangsterisme. Dalam masalah ini,ibu bapa memainkan peranan yang sangat pentinf di dalam konteks pembangunan sahsiah anak mereka. Walaupun ibu bapa masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka serta mengejar kekayaan,kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama,mengenali individu yang menjadi rakan  kepada anak remaja mereka.
Memang tidak dapat dinafikan sekolah juga bertanggungjawab untuk mengatasi kemelut gangsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gangsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Korikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan penting di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan,kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.
Di samping itu,pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam menangani masalah gangsterisme ini. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Malahan undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya dengan pembabitan dalam aktiviti gangsterisme.
Kesimpulannya,pelbagai gejala negatif berleluasa dalam kalangan remaja hari ini. Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi  yang lebih serius.     

DISEDIAKAN OLEH:
WONG YI SAN
206112

0 comments: