Pada zaman modenisasi ini,perlakuan seks bebas merupakan sesuatu yang agak umum di kalangan masyarakat. Seks merupakan desakan reproduktif yang semula jadi bagi seseorang untuk memulakan satu keluarga dan juga tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara satu pasangan. Perlakuan seks bebas ialah pergaulan seks tanpa mengira pasangannya. Seks bebas merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya membawa banyak implikasi yang negatif. Persoalannya,apakah yang mendorong orang ramai terjebak dalam perlakuan seks bebas ini?
Punca-punca utama yang membawa kepada gejala seks bebas ini ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu,pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabakan mereka melupakan diri dan didikan agama.
Dalam pada itu,faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini adalah dorongan dalaman dalam jiwa seseorang. Bagi seorang remaja yang normal,dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks. Berdasarkan Berita Harian,laman web lucah yang mudah dilayari turut menyebabkan pergaulan seks bebas meluas pada hari ini. Sebagai contoh,seorang gadis yang bernama Chantelle yang tinggal di England,15 tahun telah didapati mengandungkan anak seorang remaja,Alfie yang berumur 13 tahun. Mereka membuat perkara dengan terburu-buru tanpa mengira akibat. Hal ini mudah menjelaskan seks bebas antara remaja bukan sahaja menyebabkan masa depan mereka musnah,malah juga akan menjadi buah mulut orang ramai serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga masing-masing.
Selain itu,kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaan juga merupakan salah satu punca. Dalam ajaran Islam,bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan,Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkhawin atau berpuasa. Hubungan seks bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran di kalangan remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi. Firman Allah s.w.t:"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar,cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik,dengan itu mereka tidak diganggu,dan ingatilah Allah amat mengasihani ". Al-Ahzab:Ayat 59
Seterusnya,institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial ini. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anaknya dari kecil. Sekiranya,ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anaknya,ia akan menjadi salah satu faktor punca gejala sosial. Ibu bapa yang sibuk aktiviti harian kerja dan mengejar kerjaya mereka,masa diluangkan untuk keluarga pasti terhad. Ini akan menyebabkan anak-anaknya kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu,rumahtangga yang bermasalah seperti perceraian juga turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi merupakan kesan-kesan utama seks bebas. Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. Dalam rukun agama Buddha,pengguguran adalah satu dosa dalam 5 dosa yang paling berat,iaitu membunuh ibu bapa,membunuh arahat,menggugur bayi,membunuh sami dan menghina atau merosakkan patung Buddha. Dosa ini akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka wu jian. Neraka ini dikelilingi dengan tembok besi yang setinggi 10000kilometer dan penuh dengan barak api yang sangat panas. Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini mereka akan mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir ke dunia manusia.
Antara kesan seks bebas menurut perubatan moden ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital wart,trichomoniasis, bacterial vaginosis,ifeksi cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
Terdapat banyak langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala ini. Antaranya ialah menanam nilai-nilai murni dan penghayatan agama dalam hidup masyarakat. Pegangan nilai dan agama yang kukuh akan membantu masyarakat hidup dengan berhemah. Situasi ini sekali gus akan menghadirkan keinsafan lelaki untuk membela kaum hawa yang lemah.
Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan menyekat penyebaran sumber hiburan yang berunsurkan seks dan ganas. Rancangan televisyen yang mengghairahkan seperti Beast Master harus diharamkan penayangannya. Sebaliknya,rancangan-rancangan yang berbentuk ilmu dan kerohanian perlu disiarkan dengan lebih banyak. Dengan cara ini,penularan gejala-gejala negatif seperti rogol,sumbang mahram dan sebagainya dapat dikurangkan.
Kesimpulannya,seks bebas membawa keburukan yang teruk kepada remaja dan masa depan masyarakat. Remaja haruslah sedar terhadap keburukan seks bebas dan mengelakkan penglibatan dalam seks bebas. Selanjutnya,pihak-pihak yang berkenaan juga harus mengambil berat dan bekerjasama untuk mengurangkan perkara ini merebak dalam masyarakat yang harmoni ini.
DISEDIAKAN OLEH :
LEE CHOOI SAN
206096
0 comments:
Post a Comment