BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 13, 2010

JENAYAH RASUAH


Jenayah rasuah merupakan satu kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan dari golongan kelas pertengahan dan atasan sesebuah organisasi. Definisi jenayah rasuah dari kaca mata undang-undang Malaysia menurut Seksyen 3(a),(b)dan Seksyen 4(a)dan(b)Akta Pencegahan Rasuah 1961(pindaan 1971),jenayah rasuah merupakan satu perlakuan menerima atau memberi apa-apa suapan sebagaidorongan,upah,atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada
hubungan dengan prinsipnya.

Selain itu,menurut Seksyen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah 1961(pindaan 1971),jenayah rasuah juga boleh didefinisikan sebagai seseorang dengan diketahui mengemukakan apa-apa resit,akaun ataun lain-lain dokumen yang mengandungi apa-apa penyataan palsu atau khilaf atau tidak lengkap dengan niat hendak mengelirukan prinsipnya.

Tambahan,menurut Seksyen 2(1)Ordinan no.22(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat,1970,mana-mana anggota pentadbiran atau mana-mana ahli parlimen atau ahli dewan negeri atau mana-mana pegawai awam,yang semasa mencari anggota,ahli atau pegawai telah melakukan rasuah apabila menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk faedah kewangannya atau apa-apa faedah yang lain.

Apa yang dimaksudkan dengan suapan? Menurut Seksyen 2,Akta Pencegahan RAsuah 1997,suapan boleh didefinisikan sebagai apa-apa harta sama ada ambil alih atau tidak dialih atau apa-apa manfaat seumpamanya;apa-apa perjanjian untuk memberi pekerjaan atau memberikan perkhidamtan atas apa-apa sifat;apa-apa jenis balasan harga,diskaun,komisen,rebat,bomus,potongan atau peratusan,atau apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga. Secara rumus,suapan adalah satu tindakan di mana seseorang menerima faedah dengan haram.

Berdasarkan definisi-definisi di atas,ciri-ciri utama rasuah adalah satu tindakan yang melibatkan orang perseorangan atau dua orang yang berada dalam dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Pemberi rasuah bertujuan untuk mengikut penerima kepadanya dan berkehendakkan penerima memihak kepada dirinya. Ini biasanya dilakukan secara sulit dan haram. Wang merupakan alat terpenting dalam pembuatan rasuah. Selain itu rasuah juga ada dalam bentuk hadiah berharga,keraian,kesenangan,keselesaan dan lain-lain. Ada unsur penipuan,helah,kecurangan,penyelewengan,salah guna kuasa atau kedudukan,pecah amanah,pemalsuan dan tidak jujur. Wujudnya perlanggaran etika kerja,nilai dan moral masyarakat.
     
Punca-punca yang menyebabkan jenayah rasuah berlaku boleh dikategorikan kepada beberapa faktor utama iaitu kelemahan individu,sosial dan budaya,pembangunan sosioekonomi dan modenisasi dan nepotisme. Faktor pertama ialah kelemahan individu di mana punca asas seseorang menerima atau memberi rasuah ialah kurangnya iman dan ketakwaan individu terhadap Tuhan. Walaupun individu telah mengetahui perbuatan rasuah itu adalah salah malah mereka tetap melakukannya dengan memberikan alasan-alasan yang tertentu dan selagi orang lain tidak tahu perbuatan mereka. Antara sebab lain termasuklah suka kepada kemewahan, berbelanja melebihi pendapatan,tamak haloba,ingin cepat kaya,suka berjudi dan suka berhutang.

Faktor seterusnya adalah faktor sosial dan kebudayaan. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya dan amalan hidup masing-masing berhubung dengan pemberian wang atau hadiah. Contohnya,kaum Cina suka memberi angpau manakala orang Melayu pula suka memberi buah tangan dan bersedekah. Walau bagaimanapun,pemberian ini kadangkala dibuat pada masa atau keadaan yang tidak sesuai. Tujuannya adalah mengaburi mata orang lain agar tidak dianggap sebagai rasuah. Proses memberi dan menerima hadiah ini akan mewujudkan apa yang dipanggil sebagai "termakan budi " yang seterusnya akan merebak menjadi amalan rasuah.


Selain itu,faktor pembangunan sosioekonomi dan modenisasi merupakan salah satu punca utama. Secara logiknya jika kita melihat kepada proses pembangunan dan pemodenan banyak rancangan dan projek pembangunan yang dijalankan dan ini akan menambahkan pengaliran wang. Orang-orang tertentu yang terlibat dengan projek tersebut mengambil keuntungan untuk diri sendiri. Ada juga yang mengambil kesempatan memberi sogokan kepada pegawai berkaitan agar sesuatu urusan itu cepat dipertimbangkan atau diambil tindakan. Faktor terakhir adalah faktor nepotisme. Nepotisme bermakna perbuatan pilih kasih serta salah guna kuasa untuk faedah diri sendiri,keluarga atau sahabat-handai.
      
Jenayah rasuah akan memberi kesan kepada rakyat dan negara. Contoh jika sesebuah syarikat menerima tender untuk melakukan sesuatu projek itu menerusi rasuah,syarikat tersebut tidak dapat menghasilkan produk yang baik. Akibatnya pengguna atau orang awam terpaksa menerima produk tidak berkualiti. Di samping itu,organisasi yang mengamalkam rasuah akan menimbulkan iri hati antara mereka yang menerima rasuah dan mereka yang tidak menerima rasuah. Perasaan curiga akan wujud. Keharmonian organisasi akan tergugat.    

Untuk mengatasi masalah jenayah rasuah,terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak berkuasa seperti pihak kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan boleh mengenakan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat dalamjenayah rasuah membolehkan mereka menyedari bahawa kerugian akibat hukuman ialah lebih banyak daripada keuntungan yang diterima.

Selain itu,usaha daripada pihak pentadbiran boleh mencegah rasuah. Pihak pentadbiran haruslah memperkemaskan sistem dan peraturan organisasi supaya menjadi lebih tegas dan teratur. Pihak pentadbiran boleh mengadakan kawalan dalaman dan disiplin terhadap mereka yang melanggar peraturan organisasi. Pihak pentadbiran boleh mengadakan ceramah,seminar dan lain-lain kepada pekerjanya dengan menerapkan nilai-nilai moral. Mendapat komitmen daripada pihak atasan dan bawahan organisasi secara keseluruhan untuk menjadikan budaya organisasi sebagai amalan biasa.

Secara kesimpulannya,jenayah rasuah ini perlulah dibendung agar ia tidak terus merebak. Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu untuk terus membanteras gejala ini daripada terus merebak.
  
DISEDIAKAN OLEH:
SOONG WAI LIN
206138

0 comments: