Seorang wanita berumur 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan cara melemaskan anaknya itu ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat,Johor. Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan berkecai."Kes-kes sebegini sering dipaparkan dalam surat khabar pada masa kini. Kebanyakan bayi ditinggalka di dalam tandas,rumah kosong,tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis,sungai,tepi pantai,longkang atau di rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan,stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Sebenarnya,apakah punca-punca yang mendorongkan kes-kes pembuangan bayi berlaku dan semakin berleluasa.
Pergaulan bebas merupakan punca utama kes pembuangan bayi. Kebanyakan pergaulan bebas dilakukan oleh remaja-remaja yang berada dalam lingkungan umur 15-25tahun. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan tersebut mengandung anak luar nikah sebelum berkhawin. Apabila pihak lelaki tidak melakukan sebarang tanggungjawab,perempuan tersebut akan berasa gelisah dan buntu jalan. Maka,membuangkan bayi merupakan cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan secara sesuka hati dan hamil. Selain itu,sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum juga akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi. Apabila seseorang gadis itu disahkan mengandung sebelum berkhawin,masyarakat setempat akan menghina,memandang rendah dan menuding jari padanya. Hal ini menyebabkan perempuan tersebut berasa malu dan menjatuhkan maruah keluarga lalu dia akan membuang bayi tanpa belas kasihan.
Di samping itu,kekurangan didikan agama dalam kalangan masyarakat merupakan punca kes pembuangan bayi. Remaja-remaja yang cetek pengetahuan agama mudah dipengaruhi oleh media-media elektronik dan bahan-bahan cetekan yang tidak sihat seperti gambar-gambar lucah. Mereka juga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang negatif untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat,misalnya pergi tempat hiburan seperti disko,menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejala-gejala negatif tersebut akan menyesal apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terpaksa membuang bayi tersebut. Kemiskinan keluarga juga menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. Sebuah keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami itu tidak bekerja akan menyusahkan kehidupan mereka. Mereka tidak dapat menampung perbelanjaan seharian sekiranya isteri menghamilkan anak lagi. Maka,pasangan suami isteri tersebut terpaksa mengambil keputusan untuk membuang bayi tersebut.
Pelbagai kesan ekoran daripada kes pembuangan bayi sama ada kesan kepada bayi,ibu yang melahirkannya,ataupun keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi. Kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan,hilang keyakinan diri,rasa bersalah,resah dn juga masalah emosi. Pesalah tersebut juga mungkin mengalami putus hubungan kekeluargaan. Hal ini demikian kerana keluarga pesalah berasa malu mempunyai anak sebegitu lalu menghalaunya dari rumah. Dari segi perubatan pula,kadar kematian bayi akan lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Kesihatan ibu tersebut akan terjejas akibat kehilangan darah,mengalami jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi membanteras masalah pembuangan bayi?
Peranan ibu bapa amat penting dalam mengatasi masalah pembuangan bayi kerana "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Didikan agama dan moral perlu disalurkan kepada anak-anak sejak kecil lagi bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala-gejala seperti pergaulan bebas lalu melakukan pembuangan bayi. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu bersama anak-anak walaupun sibuk dalam urusan pekerjaan. Di sampingitu,peranan media massa juga amat penting. Media massa seperti televisyen,majalah atau komik mudah mempengaruhi akhlak remaja. Oleh itu,pengeluaran bahan-bahan yang tidak sihat sepatutnya dilarang bagi membina diri remaja yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pihak kerajaan juga berperanan penting dalam mengatasi masalah pembuangan bayi. Pihak kerajaan boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah iaitu penjara seumur hidup. Seruan di tempat-tempat hiburan boleh dijalankan untuk mengurangkan kes pergaulan bebas dan pembuangan bayi secara tidak langsung.
Sebagai kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu,semua pihak harus bersatu padu menggembleng tenaga bagi mencegah dan membanteras gejala-gejala sosial pembuangan bayi kerana bak kata peribahasa Melayu,"Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat".
DISEDIAKAN OLEH :
HAM KAR MEN
206013
0 comments:
Post a Comment